<body></noscript><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:5"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a42e1b2b' target='_blank' rel=nofollow><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:5&amp;n=a42e1b2b' border='0' alt=''></a></noscript> <br><script type="text/javascript"><!-- google_ad_client = "pub-2589431880394796"; google_alternate_ad_url = "http://ads.blogdrive.com/static/blank.html"; google_ad_width = 728; google_ad_height = 15; google_ad_format = "728x15_0ads_al"; google_ad_channel ="6215721543"; google_color_border = "666666"; google_color_bg = "666666"; google_color_link = "000000"; google_color_url = "000000"; google_color_text = "000000"; //--></script> <script type="text/javascript" src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js"> </script> <noscript><a href="http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e" target="_blank"><img src="http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e" border="0" alt=""></a></noscript></center> <BGSOUND src="http://www.heathersanimations.com/webdesign.mid"> Kenangan Abadi Selamanya...
5

Kenangan Indah Bersama
Jauh Dimata Dekat Dihati



.: SALAM CERIA & UKHUWAH BUAT SEMUA KENALAN :.


Monday, March 06, 2006
Senyumlah...


Posted at 8:58 am by deqna
Comment (1)  

untuk bacaan pada masa lapang...

untuk bacaan pada masa lapang...
enjoy...sure korang teringat balik zaman2 skolah dulu...

_____________________________________________________


tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:

kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats,
Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to
forget
Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang
cawan
warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat
seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment.
pastu
bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang
berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2
time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.
pukul
tapak tangan...kan?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa
dgn family. ni for those yg dok KL laa

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau
Pallas Jazz.
ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka
stoking tebal laaa...

internet? email? mendalah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,
Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras
warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.

tak dilupakan, 'Ti Kam'.
bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm
class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan
apek kat luar skola tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita
pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar
awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,
rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang
aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2
color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu
ni.
baling2 kapur laa.

hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88.
skarang digelar 'remaja'.

bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the
Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife
nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

   bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je
Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti
nak switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa
handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap
hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile
bersembang
pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time
kecik2,
nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace email ni, korang akan terpikir utk
forwardkan dkt member2 lame korg. Sure diorg suke punye laa...hehehe

Yaa, kite pun dah semakin tua!!

Teringat zaman2 dulu kan?

Cheers to the 80s babies!!!


Posted at 8:55 am by deqna
Comments (2)  

tanda mati dlm khusnul khotimah...

Assalamualaikum,

Tanda Tanda Mati Dalam Keadaan Baik

Alamat mati dalam Husnulghathimah (keadaan baik)

1.. Sempat mengucap dua kalimah syahadah.
2.. Berpeluh didahi. Sabda Rasulullah:"Bahawa matinya seseorang mukmin itu
   dengan keluarnya peluh didahi", Riwayat oleh Ahamd dan
   Termidzi.
3.. Mati pada malam atau hari Jumaat. Sabda Rasulullah "Tidak seorang
   muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah
   akan menjaganya dari fitnah kubur.
4.. Mati di medan perang kerana membela agama Allah.
5.. Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:

 
    1.. Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat
       duduknya disyurga (kecuali mereka yang masih ada urusan
       hutang).
  
2.. Diselamatkan dari seksa kubur.
   3.. Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dahsyat.
   4.. Diperhiasi dengan iman.
   5.. Dikahwinkan dengan bidadari (semiskin - miskin ialah 49 bidadari).
   6.. Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya.
       Riwayat oleh Termizi, Ahamd dan Ibnu Majah.


6.. Mati kerana melahirkan anak.
7.. Mati kerana taun, Sabda Rasulullah, "taun itu satu kematian syahid bagi
  setiap mukmin". (Hendakalh ia sabar dan redha menganggungnya).
  Riwayat oleh Muslim.
8.. Mati akibat sakit perut maka ia mati syahid, sabda Rasulullah,
  Dan barang siapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid".
  
Riwayat oleh Muslim.
9.. Mati tengelam dan tertimbus oleh bangunan.
10.. Mati terbakar. Riwayat Tabrani.
11.. Mati dalam nifas. Riwayat At Tabrani.
12.. Mati kerana sakit TB. Sabda Rasulullullah, "orang yang mati kerana
    menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid. Riwayat Tabrani.
13.. Mati akibat luka perang di jalan Allah. Sabda Rasulullah"Barangsiapa
     yang luka kerana perang di jalan Allah itu mati, maka
     bererti ia syahid, atau kena pijak oleh unta atau kudanya atau ia mati
     ditempat tidurnya (setelah berperang itu) dengan sebab apa - apa pun
     yang dikehendaki oleh Allah, maka sesungguhnya ia adalah mati syahid dan
     akan masuk syurga". Riwayat Daud.
14.. Mati mempertahankan harta. Riwayat Bokhari.
15.. Mati kerana mempertahankan diri. Sabda Rasulullah "Barangsiapa
    terbunuh kerana mempertahankan darahnya (dirinya) maka ianya
    mati syahid.Riwayat Abu Daud.
16.. Mati dalam bersiap - siap untuk berperang dijalan Allah.
17.. Mati ketika sedang beramal soleh seperti sedang menuntut ilmu(ilmu
    yang dibolehkan oleh Islam) dimasjid atau sedang berdakwah..

 
Berkata Abu Laith, "Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa kubur
maka haruslah ia melazimi 4 perkara dan meninggalakan 4 perkara:
1..
Mejaga sembahyang 5 waktu.
2.. Banyak bersedekah.
3.. Banyak membaca Al Quran.
4.. Banyak bertasbih.


Dan hendaklah ia meninggalakan:
1.. Meninggalkan dusta.
2.. Meninggalakan sifat khianat.
3.. Meninggalkan sifat mengadu - domba.
4.. Mejaga Kencing.

 

Wallahua’lam…


Posted at 8:52 am by deqna
Make a comment  

Hati

Rasulullah memaklumkan kepada kita bahawa di dalam diri manusia ada segumpal daging, yang jika baik daging itu maka baik pula manusia tersebut. Sebaliknya jika buruk daging itu, maka buruk pula kualiti orang tersebut. Daging itu adalah Hati.

Rasulullah juga mengajarkan kepada kita bahawa setiap amalan bergantung kepada niatnya. Jika niatnya buruk, maka buruk pula amalannya. Dan jika niatnya baik, maka baik pula amalannya. Kedua pelajaran ini sebetulnya mengajarkan hal yang sama, bahwa kualiti keagamaan kita sebagai muslim boleh dilihat dari niathati kita pada saat melakukan perbuatan itu.

Hati adalah 'cermin' dari segala perbuatan kita. Setiap kita melakukan perbuatan, maka hati kita akan mencerminkan niat yang sesungguhnya dari perbuatan itu. Katakanlah, kita memberi duit kepada seorang miskin. Kelihatannya itu adalah perbuatan mulia. Tetapi jika niat kita untuk menyombongkan diri kepada orang lain bukan kerana belas kasihan kepada si miskin maka perbuatan itu sebenarnya tidak mulia lagi.

Jadi, hati lebih menggambarkan kualiti yang sesungguhnya dari perbuatan kita. Sedangkan amalan, lebih sulit untuk dinilai kualitinya.kerana itu, agama Islam lebih condong 'menggarap' hati daripada perbuatan. Kalau hatinya sudah baik, maka perbuatannya pasti baik. Sebaliknya meski perbuatannya kelihatan 'baik', belum tentu hatinya baik. boleh saja ada niat buruk yang tersembunyi.

Seluruh jenis amal ibadat yang diajarkan Rasulullah kepada kita sebenarnya dimaksudkan untuk menggarap hati kita agar menjadi baik, seperti puasa. Puasa ini tujuan akhirnya adalah kemampuan mengendalikan diri. Atau disebut Takwa dalam terminologi Islam. Takwa adalah kualiti hati. Orang yang bertakwa memiliki keteguhan hati untuk selalu berbuat baik dan menjauhi yang buruk.

Demikian juga solat. Tujuan utama solat adalah membuka kepekaan hati. Orang yang solatnya baik, memiliki kepekaan hati untuk membedakan mana yang baik, mana yang buruk Mana yang bermanfaat, mana yang membawa mudharat. kerana itu,
solat yang baik boleh menyebabkan kita jauh dari hal hal yang keji dan munkar.

Juga zakat. Tujuan utama zakat adalah melatih hati kita untuk peduli kepada orang-orang yang lemah dan tidak berdaya. Hidup harus saling menolong, supaya tidak
terjadi kezaliman yang menyebabkan terjadinya kejahatan. Itu secara sosial. Tetapi secara pribadi, kebiasaan menolong orang lain dengan zakat akan menyebabkan hati
kita menjadi lembut dan penyantun.

Demikianlah, seluruh aktiviti ibadah kita termasuk haji yang menjadi bahasan utama kita kali ini, semuanya menuju kepada pelembutan hati kita. Kenapa hati yang lembut
ini perlu?

kerana hati yang lembut itulah yang akan menyelamatkan kita ketika hidup di akhirat nanti. Hati yang lembut adalah hati yang terbuka dan peka terhadap sekitarnya.Sedangkan hati yang kasar dan keras adalah hati yang tertutup terhadap sekitarnya.

Allah berfirman dalam firman Alah berikut ini.

"Dan barangsiapa di dunia ini buta hatinya, maka di akbirat nanti juga akan buta,dan lebih sesat lagi jalannya."
QS. Al Israa (17) : 72



Ayat tersebut di atas memberikan gambaran yang sangat jelas kepada kita bahwa hati menjadi sasaran utama peribadatan kita. kerana itu Al Quran memberikan informasi yang sangat banyak tentang hati ini. Tidak kurang dari 188 kali
informasi tentang hati ini diulang-ulang oleh Allah di dalam Al Quran.

Ada beberapa tingkat kualiti hati yang diinformasikan Allah di dalam Quran. Hati yang buruk dikategorikan dalam 5 tingkatan.


Yang pertama adalah hati yang berpenyakit. Orang-orang yang di hatinya ada rasa iri, benci, dendam, pembohong, munafik, kasar, pemarah dan lain sebagainya, disebut memiliki hati yang berpenyakit,sebagaimana disebutkan dalam banyak ayat diantaranya,

"Di dalam hati mereka ada Penyakit, lala ditambah Allah penyakitnya, dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta"
QS. Al Baqarah (2) : 10



"Agar Dia menjadikan apa yang dimasukkan oleb syaitan itu, sebagai cubaan bagi orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan yang kasar batinya. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu, benar benar dalam permusuhan yang sangat."
QS Al Hajj (22) : 53



Tingkatan kedua hati yang buruk adalah hati yang mengeras. Hati yang berpenyakit, jika tidak segera diubati akan menjadi mengeras. Mereka yang terbiasa melakukan kejahatan, hatinya tidak lagi peka terhadap keburukan perbuatannya. Mereka menganggap bahawa apa yang mereka kerjakan adalah benar adanya.

"Maka mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri ketika datang siksaan Kami kepada mereka, bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menampakkan kepada mereka kebagusan apa yang selalu mereka kerjakan.
QS. Al An'aam (6) : 43



Tingkatan ketiga, adalah hati yang membatu. Hati yang keras kalau tidak segera disedarkan akan meningkat kualiti keburukannya. Al Quran menyebutnya sebagai hati
yang membatu semakin mengeras dari sebelumnya.

"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi.Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan."
QS. Al Baqarah (2) : 74



Tingkatan keempat, adalah hati yang tertutup. Pada bahagian berikutnya akan kita membicara, bahawa hati kita itu bagaikan sebuah tabung . Jika tertutup, maka hati kita tidak boleh lagi menerima getaran petunjuk dari luar. Allah mengatakan hal itu
di dalam firmanNya.

"Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka."
QS Al Muthaffiffin : 14



Dan yang kelima, adalah hati yang dikunci mati. Jika hati sudah tertutup, maka tingkatan berikutnya adalah hati yang terkunci mati. Sama saja bagi mereka diberi petunjuk atau tidak. Hal ini diungkapkan Allah berikut ini.

"Sesungguhnya orang-orang kafir itu, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak akan beriman. Allah telah mengunci
mati hati dan pendengaran mereka, dan penglibatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat."
Al Baqarah : 6-7



Sebaliknya hati yang baik adalah hati yang gampang bergetar, sebagaimana difirmankan oleh Allah,

"(yaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah bergetarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang menafkahkan sebagian dari apa yang telah Kami rizkikan kepada mereka."
QS. Al Hajj (22) : 35



Hati orang-orang yang demikian itu lembut adanya. Mereka pantang melihat penderitaan orang lain. Suka menolong. Tidak suka kekerasan. Penyantun dan penuh kasih sayang kepada siapapun. Itulah nabi Ibrahim yang dijadikan teladan oleh Allah serta menjadi kesayangan Allah. Sebagaimana diinformasikan dalam firman berikut.


"Dan permintaan ampun dari Ibrahim (kepada Allah) untuk bapaknya tidak lain hanyalah karena suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapaknya itu. Maka, tatkala jelas bagi Ibrahim bahwa bapaknya itu adalah musuh Allah, maka Ibrahim berlepas diri dari padanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun"
At Taubah (9) : 114


Posted at 8:51 am by deqna
Make a comment  




Wednesday, February 08, 2006
Rahsia 10 Muharram

HARI Asyura pada 10 Muharam mengandungi pelbagai peristiwa penting yang
boleh dijadikan iktibar dan renungan bersama. Ganjaran pahala besar
disediakan kepada umat Islam yang berpuasa sunat pada hari itu.
 
Antara peristiwa penting dalam sejarah Islam pada hari itu ialah:


   1. Allah menerima taubat Nabi Adam as sehingga bersih daripada segala
      dosa dan kesilapannya.
   2. Allah mengangkat Nabi Idris ke tempat yang tinggi.
   3. Allah menyelamatkan Nabi Ibrahim daripada kekejaman raja Namrud yang
      membakarnya hidup-hidup, namun apabila api padam, Nabi Ibrahim keluar
      dalam keadaan sihat sejahtera. Ini membuktikan Kebesaran Allah yang
      Maha Mencipta segala-galanya.
   4. Allah mengeluarkan Nabi Yusuf daripada penjara setelah merengkuk
      beberapa tahun berikutan fitnah Siti Zulaikha.
   5. Allah menyelamatkan Nabi Nuh serta pengikutnya  daripada banjir besar
      yang melanda dunia selama enam bulan.
   6. Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakub sesudah buta beberapa lama
      akibat terlalu menangisi kehilangan anaknya, Nabi Yusuf.
   7. Nabi Yunus keluar daripada perut ikan setelah berada selama 40 hari
      40 malam. Baginda terselamat setelah berzikir di dalam perut ikan
      itu.
   8. Allah menyelamatkan Nabi Musa yang terperangkap di Laut Merah
      daripada serangan Firaun dan bala tenteranya dengan membelah laut.
   9. Allah mengampuni kesilapan Nabi Daud.
   10.      Allah mengurniakan kerajaan yang besar kepada Nabi Sulaiman.
   11.      Allah mengangkat Nabi Isa ke langit sewaktu dikejar kaum
              pelampau Yahudi yang ingin membunuhnya.
   12.      Hari pertama Allah menjadikan alam.
   13.      Hari pertama Allah menurunkan Rahmat-Nya.
   14.      Hari pertama Allah menurunkan hujan.
   15.      Hari pertama Allah menjadikan Lauh Mahfuz.
   16.      Allah menjadikan Malaikat Jibril.


   Sepuluh Muharam adalah hari memperingati dan menghayati kebesaran Allah
   menyelamatkan Nabi Musa dan menenggelamkan Firaun bersama bala
   tenteranya. Berdasarkan lipatan sejarah Islam, Nabi Musa berpuasa pada
   10 Muharam sebagai tanda bersyukur di atas kebesaran Allah yang Maha
   berkuasa menyelamatkan baginda serta pengikutnya daripada ancaman
   Firaun.


   Berpuasa pada hari Asyura sangat besar ganjaran pahalanya. Abu Muslim
   meriwayatkan sebuah hadis Rasullah saw yang bermaksud: "Rasullah saw
   ketika ditanya berkenaan puasa pada hari Asyura, baginda menjawab:
   Amalan itu dapat melupuskan dosa setahun yang lalu."


   Al Baihaqi pula meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Berpuasalah
   kamu pada hari ke sembilan dan 10 Muharam dan jangan kamu meniru cara
   orang Yahudi."


   Amalan bersedekah juga turut digalakkan. Abu Musa Al Madani meriwayatkan
   daripada Umar yang bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura
   adalah seperti berpuasa setahun lamanya dan siapa yang bersedekah pada
   hari Asyura bagaikan bersedekah satu tahun."


   Menggembirakan keluarga dan saudara terdekat juga turut disarankan.
   Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang
   melapangkan (menggembirakan) keluarganya pada hari Asyura, maka Allah
   akan lapangkan rezekinya sepanjang tahun itu."


   Berdoa kepada Allah boleh dilaksanakan sepanjang masa, malah ia lebih
   baik lagi jika dilaksanakan pada waktu yang mustajab. Dalam keadaan
   berpuasa pada hari Asyura sebaiknya kesempatan perlu diambil untuk
   berdoa kepada Allah memandangkan orang yang berpuasa itu termasuk di
   kalangan mereka yang diperkenankan doanya.

   Di sepanjang bulan ini juga umat Islam turut digalakkan mengusap kepala
   anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka. Memperbanyakkan
   amalan  zikir, menziarahi orang sakit dan lain-lain.

   Sebenarnya, Muharam adalah bulan pertama mengikut  kiraan tahun Hijrah.
   Banyak amalan yang dianjurkan agama Islam untuk dilaksanakan umatnya
   sepanjang bulan ini.

   Kehadiran Muharam sewajarnya disambut dengan doa: "Ya Allah limpahkan
   rahmat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhamad saw berserta
   keluarga dan semua sahabatnya. Ya Allah Engkau zat yang kekal abadi,
   sedia ada. Dengan anugerah dan kemurahan-Mulah zat Yang Maha Agung, kami
   menggantungkan nasib.

   "Sekarang tahun baru sudah tiba, kami memohon perlindungan sepanjang
   tahun ini daripada segala godaan syaitan dan jin. Berilah kami
   pertolongan untuk menghindarkan diri daripada segala nafsu yang mengajak
   kepada melakukan kejahatan.

   "Bimbinglah kami dengan segala yang dapat mendekatkan aku kepada-Mu,
   wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Semoga selawat tetap ke atas
   junjungan kami nabi Muhamad saw berserta semua keluarga dan
   sahabat-sahabatnya."


   Semuga mendapat hidayah.


Posted at 9:49 am by deqna
Comment (1)  




Friday, December 23, 2005
This is what we call team work

Just to share with all..

Hope we can work as a real team work..

Selamat Tahun Baru 2006!

 

Thank You,

t.t.

Shamzumi Hj Yusof

Broadband/Narrowband Services Perf.

Performance Management

Access NOC


Posted at 10:46 am by deqna
Comment (1)  




Thursday, December 08, 2005
Malaysian English vs British English.

Malaysian version is simple, short, concise, straight-to-the-point, effe! ctive.

Compare these phrases that Malaysians and Britons use to say the same things.

So, why make things so confusing and complicated?

 

 

WHEN GIVING A CUSTOMER BAD NEWS

Britons: I'm sorry, Sir, but we don't seem to have the sweater you want in your size,

but if you give me a moment, I can call the other outlets for you.

Malaysians: No Stock.

 

RETURNING A CALL

Britons: Hello, this is John Smith. Did anyone page for me a few moments ago?

Malaysians: Hallo, who page?

 

ASKING SOMEONE TO MAKE WAY

Britons: Excuse me, I'd like to get by. Would you please make way?

Malaysians: S-kew me

 

WHEN SOMEONE OFFERS TO ! PAY

Britons: Hey, put your wallet away, this drink is on me.

Malaysians: No-need, lah.

 

WHEN ASKING FOR PERMISSION

Britons: Excuse me, but do you think it would be possible for me to enter through this door?

Malaysians: (pointing the door) can ar?

 

WHEN ENTERTAINING

Britons: Please make yourself right at home.

Malaysians: Don't be shy, lah!

 

WHEN DOUBTING SOMEONE

Britons: I don't recall you giving me the money.

Malaysians: Where got?

 

WHEN DECLINING AN OFFER

Britons: I'd prefer not to do that, if you don't mind.

Malaysians: Doe-waaaan!

 

IN DISAGREEING ON A TOPIC OF DISCUSSION

Britons: Err. Tom, I have to stop you there. I understand where you're

coming from, but I really have to disagree with what you said about the issue.

Malaysians: You mad, ah?

 

WHEN ASKING SOMEONE TO LOWER THEIR VOICE

Britons: Excuse me, but could you please ! lower your voice, I'm trying to concentrate over here.

Malaysians: Shaddap lah!

 

WHEN ASKING SOMEONE IF HE/SHE KNOWS YOU

Britons: Excuse me, but I noticed you staring at me for some time. Do I know you?

Malaysians: See what, see what!?

 

WHEN ASSESSING A TIGHT SITUATION

Britons: We seem to be in a bit of a predicament at the moment.

Malaysians: Die-lah!!!

 

WHEN TRYING TO FIND OUT WHAT HAD HAPPENED

Britons: Will someone tell me what has just happened?

Malaysians: Wat happen Why laidat??? ADUI!!! (jumping to conclusion)

 

WHEN SOME ONE DID SOMETHING WRONG

Britons: This isn't the way to do it here let me show you.

Malaysians: Hoi!!!U pig ar laidat also doe no how to do!!!!


Posted at 8:01 am by deqna
Comment (1)  




Friday, December 02, 2005
happy besday Naa....



from : kak nur

Posted at 12:00 am by nurdia
Comments (2)  




Wednesday, November 09, 2005
Hello My Friends


Posted at 7:32 am by deqna
Make a comment  




Wednesday, October 19, 2005
Cover Album Mawi- release on 21 Okt

this song composed by fauzi marzuki, lyric by lukhman s. Tajuk lagu ni KIAN.


KIAN


Kian jauh kian hilang

Kasih antara kita

Nampak tenang pada zahirnya

Tapi batin terseksa

Yang terguris tak nampak di mata

Yang terhiris terluka

Sesekali terbit air mata

Tahan sebak di dada

Kemanakah nak dibawa

Resah kian melanda

Di manakah hendak ku khabar

Pilu di dalam dada

Bila kasih di hujungnya nyawa

Rasa ingin dimanja

Perasaan pun kian tersentuh

Bila rindu ini berlabuh

Apakah yang dikejar dalam hidupmu

Berkali ku kata padamu

Kita singgah di dunia yang sementara

Penuh tipu daya

Yang kekal di sana

Biarlah kita bersama

Usahlah hanyut terus terlena

Kerana dunia

Pada aku masih ada

Kasih belum terhakis

Sebenarnya sudah lama

Ku sungguh berkecil hati




Posted at 8:57 am by deqna
Comment (1)  




Next Page










Tatapan Kenangan DMT Batch 5


   

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31





If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


free online poker


rss feed